BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 31, 2010

Pantun Berkasih Sayang

Janji seia harus dikota,
Membawa hati tidak keruan,
Menyemai kasih menyemai sayang,
Hati rindu tidak keruan.

Baik-baik memasang pelita,
Minyak yang ada usah terkena,
Apakah ini tandanya cinta,
Mandi tak basah tidur tak lena.

Tak tumbuh tak melata,
Tak sunggu orang tak kata,
Saat kita bertentang mata,
Lidah kelu tidak terkata.

Anak penghulu cantik melaram,
Bersubang gading keliling kota,
Mengapa hati tidak tenteram,
Adakah ini tandanya cinta.

Berbaju kurung selendang kasa,
Memintal benang si kain baldu,
Alangkah perit memendam rasa,
Apa lagi menanggung rindu.

Pohon mengkudu dipinggir kota,
Pohon kepayang si buah keranji,
Menganyam rindu membenih cinta,
Bersulamkan sayang bersemaikan janji.

Gendang bersahut rebana bergema,
Keserata alam mengalun iraman,
Inilah dia pandangan pertama,
Hati bergelora meruntum jiwa.

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan

CINTA

Cubaku selami 5 huruf keramat ini..
Intipatinya skuar ku gupas..
Nikmat bercinta bagaimana rasanya..
Tanpa disedari kehadirannya..
Apakah hadir setakat di bibir sahaja.

Cinta..
Cinta pada sesama umat..
ada kegembiraan ada kesedihan..
Cinta pada dunia..
Ada keseronokkan ada kejatuhan..
Cinta pada akhirat..
Ada keinsafan ada ketaqwaan..
Cinta pada Allah..
Adalah segalanya.

Cinta Sejati

"Sayang dengar sini baik-baik ye..." kata-kata Zafrul terhenti di situ lalu dia menarik nafas panjang. Diana yang dari tadi sabar mendengar di ganggang telefon mendengus tetapi tetap sabar menunggu ayat seterusnya.

Dengan perlahan Zafrul melafazkan, "Walau apapun yang akan terjadi antara kita, Abang tetap sayang Sayang sampai mati". Dia memberhentikan ayatnya setakat itu seraya menunggu maklum balas dari Diana.

Diana terdiam seketika, berkerut juga dia memikirkan maksud kata-kata Zafrul sebentar tadi. Apa yang akan terjadi? Dia akan mati ke? Atau dia akan pergi jauh? Atau kami akan berpisah ke? Apapun dia harus mencari ayat yang sesuai untuk diutarakan demi mengorek cerita disebalik kata-kata tersebut.

"Apa maksud Abang? Apa yang akan jadi, Bang? Saya tak fahamla maksud Abang", bertalu lembut ayat yang keluar dari mulut Diana.

Zafrul terdiam seketika kemudian bersuara "Abang rasa hubungan kita cukuplah sekadar berkawan sahaja".

"What?" Kali ini Diana tidak mampu bertenang. "Why?" perasaan ingin tahunya terus membuak. Kenapa baru sekarang Zafrul berkata demikian? Kenapa tidak lima tahun dahulu? Hatinya mula membenarkan keraguan yang dirasainya sejak tiga bulan kebelakangan ini. Cinta jarak jauhnya sudah terasa sedikit pudar.

Zafrul terdiam membisu sambil cuba membayangkan bagaimana reaksi wajah jelita Diana di saat itu. Nasib baiklah tidak bertentang mata. Kalau tidak, tak terucaplah kata-kata seterusnya. "Abang dah bertunang", katanya pendek sahaja.

"Hah! Dengan siapa? Bila?" dengan pantas Diana bertanya. Dibenaknya terkenang janji manis Zafrul untuk melamarnya setahun yang lalu. Lupakah Zafrul pada semua itu? Atau sengajakah Zafrul untuk mengkhianati cinta mereka?

"Takdir tidak menjodohkan kita. Abang tak dapat nak ceritakan semuanya sekarang. Tapi suatu hari nanti abang akan cerita jugak pada sayang" Zafrul meminta tangguh untuk menjelaskan segalanya.

"No. I want you to tell me now! Please..." rayu Diana kerana bimbang dia akan tersalah tafsir atas tindakan Zafrul yang dalam diam menjalin hubungan serius bersama insan lain.

"Maaflah. Abang takut sayang tak dapat terima apa yang abang nak bagi tau nanti", Zafrul mengharap Diana tidak terlalu mendesak.

Diana kebingungan seketika. Tanpa angin, tanpa ribut, mahligai impiannya musnah sekelip mata. Dia menahan sebak di dada sambil memikirkan apa yang harus dia lakukan seterusnya. Setelah menarik nafas panjang, Diana bersuara " Okaylah Bang, macam nilah...saya sanggup berhabis bil telefon malam ini asalkan Abang ceritakan pada saya macam mana semua ini boleh berlaku. Please......", sekali lagi dia merayu.

" Abang tak tau macam mana nak mula cerita ", Zafrul cuba mengelak dari bercerita lebih lanjut.
Dengan tenang Diana memancing, " Ok, kalau Abang tak tau nak cerita, jawab semua soalan saya dengan jujur, boleh? ". Diana mula bermain psikologi. Baginya terlalu penting untuk dia mengetahui penyebab semua ini berlaku walaupun takdir sudah menentukan percintaan mereka hanya setakat ini.

Zafrul terkesima seketika, tetapi cuba untuk mengelak dari terus berbicara, "Baiklah, tapi bukan ke lebih baik kita cerita bila kita jumpa nanti ". Zafrul sedar yang semua ini adalah salahnya, dia harus menghadapi Diana untuk memberi penjelasan.

Diana mula melenting, " Jumpa? Bila? ". Diana tidak yakin yang Zafrul akan mahu bertemu dengannya lagi. Malah dia sendiri akan sakit hati kalau memandang muka Zafrul nanti...silap-silap tangannya pula yang akan naik ke muka Zafrul.

" Minggu depan ke...", Zafrul memberi harapan.

"No! Ok, kalau Abang tak nak bagitau sekarang takpe, kita takkan berjumpa lagi. Cukupla sampai di sini sahaja hubungan kita. Bye." Diana menghempas ganggang telefon rumahnya yang baru seminggu ditukar. Sebenarnya Diana tidak mahu lagi mendengar Zafrul berdolak dalik kerana belum tentu akan ada kejujuran di sebalik kata-katanya nanti.

Keras juga rupanya hati Diana. Zafrul tidak menyangka Diana akan bertindak demikian. Seingatnya Diana seorang yang manja dan sering minta dipujuk apabila hatinya dilukai. Tapi kali ini Diana lain benar.


Setelah telefon dihempas, dan dengan air mata yang berlinangan, Diana berbicara sendiri, " Terima kasih Ya Allah, Kau telah membebaskan aku dari belenggu dosa yang selama ini memperbodohkan aku. Aku sedar aku tak perlukan yang lain selain dariMu. Ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu. Aku ingin mencintaiMu. Berilah aku petunjukMu dan tunjukkanlah aku jalan menujuMu. Aku ingin kembali kepadaMu".

Moral:
Mencintai Allah adalah jauh lebih baik dari mencintai sesama insan.

~Kenangan Tahun 2010~

Dalam kite sedar x sedar..
tup2 dh msok 2011 kn..
aq mcm xcye yg umor aq ni dh nk msok thun yg ke-20..
tpi ape bley wt..dunia oh dunia..
bnyk kenangan manis dan pahit pda tahun 2010..
bg kenangan pahit..akan ku cuba lupakan..
tetapi kenangan manis tetap di dalam ingatan ku..

Pada 14.4.2010 aq telah kehilangan seorang adk yg aq sygi..
Nma arwah adk aq ialah Haji Muhd Firdaus bin Jamil Akhir..
mmg bnyk kngan manis aq brsma dgannya..
sesungguhnya dyalah adk yg aq bgtu sygi..
tpi nk buat mcm mna..
Allah lbih menyayangi adk ku..
semoga Allah meletak kan arwah adk ku di tempat org2 yg beriman..
"Syg..sesungguhnya pemergian mu itu bnyk meninggalkan impak yg besar..
kami amt merindui kamu..tggu kami ye syg"..

Firstly..aq nk ucapkan terima kasih kpda Noor Afifah Zailan krna
bnyk mngajar aq tntg ilmu agama..dya begitu sbar dgn kerenah aq..
aq tw dya trlalu baek buat aq..
tpi dya lebih layak tok dapat lelaki yg lebih baek drpda aq..

Kenangan yg begitu manis di tahun 2010
ketika aq dlm hbungan bersama Nik Norizan bt Ali @ Beboo Darla..
antra kenangan yg tetap di dalam ingatan ialah.
kami pergi ke Sunway Lagoon..Taman Tasek Sri Botani..mendaki bukit Broga Hill..
melawat mini zoo..dan mcm2 lg..tu antra kenangan yg trindah dlm hdup aq sbb itu lah kli prtma aq prgi ke tmpt mcm tu brsma org trsyg..
aq hrap dya pn rsa ape yg aq rsa..
mmg kngan 2010 yg tetap menjadi tahun yg trbaik selama aq hidup..
sbb aq hepi bila brsma nya..
wlpn kami dh brpisah..kami still lg brkwn..

hdup mesti diterus kn wlpn atie kita sengsara..
kite kna trima apa yg brlaku dengan atie yg tenang..
sesungguhnya ini adalah ujian dlm hdup kita..

Dengan tahun baru ini..
aq berazam utk berubah spya mnjdi insan yg cemerlang..gemilang dan terbilang..

New Life.. New Look.. New Love..New Chapter..New Hope.. (^.^)




SELAMAT TINGGAL TAHUN 2010..


                                  &


SELAMAT DATANG TAHUN 2011..