BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 27, 2011


Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Selamat tinggal kawanku 
Tak mudah aku 
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Walau ku pergi sayangku 
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Saturday, March 26, 2011

-SELAMAT TINGGAL SAYANG-



Jangan kau hujani dengan pertanyaan
Kerna pasti akan mengecewakan
Fahamilah pengertianku ini
Setiap insan punya perasaan
Setiap cinta perlukan pengorbanan
Walau sekejam ini yang kulakukan
Sanggup berpisah demi kemanusiaan
Asal kau bahagia oh masa depan

Cintailah dirinya kerna dia lebih sempurna
Apalah ada padaku, hanya nyanyian dalam sepi

Renungilah sejenak bintang nan antara
Belian dengan kaca mana lebih berharga
Pandangilah keatas keluargamu di sana
Turutkanlah kehendak mereka
Kerna ku sendiri menyanyi dalam sepi
Anggaplah diriku sepotong mimpi
Usah kau tangiskan pada perpisahan ini
Pergilah kepadanya Selamat Tinggal

Thursday, March 10, 2011

malaikat maut memerhati kita 70 kali..

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

"Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

"Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian," katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan."Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

"Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah," katanya.

WANITA PERTAMA MASUK SYURGA



Saydatina Fatimah az-Zahra adalah satu-satunya puteri Rasulullah s.a.w yang mengasilkan zuriat untuk meneruskan ksinambungan keturunan baginda. Saydatina Fatimah berkahwin dengan Saydina Ali bin Abi Thalib dan dikurniakan dua putera iaitu Hassan dan Hussein.

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w membicarakan mengenai kenikmatan syurga dan orang-orang yang tinggal di dalamnya. Lalu baginda ditanya oleh Fatimah, siapakah wanita pertama masuk ke syurga. Maka baginda pun menjelaskan : “Wahai anakanda! Wanita pertama yang akan masuk ke syurga ialah Mutiah. Dia hanyalah perempuan biasa dan kehidupannya amat sederhana.”

Mendengar kata-kata Rasulullah itu maka air muka puteri Rasulullah itu terus berubah. Lalu dikatakannya kepada ayahandanya : “Lantas, siapakah wanita itu wahai ayahandaku? Macamana halnya dan bagaimana amalanya sehingga dia dapat terlebih dahulu masuk ke syurga daripada anakanda?”. Lalu Rasulullah menyarankan puterinya itu untuk menziarahi rumah wanita tersebut yang terletak di Jabal Uhud.

Saydatina Fatimah kemudian keluar untuk mencari wanita yang dikatakan akan masuk ke syurga terdahulu daripadanya itu. Setibanya di rumah wanita tersebut, beliau pun mengetuk pintu rumah tersebut. Wanita dari dalam rumah keluar sambil bertanyakan hajat kedatangannya, tetapi tidak pula dijemput Saydatina Fatimah masuk ke dalam rumahnya.

Saydatina Fatimah menyatakan bahawa kedatanganya adalah untuk berjumpa dan berkenalan denganya. Wanita itu menjawab : “Terima kasih puan. Tetapi saya tidak dapat membenarkan puan masuk kerana suami saya tiada di rumah. Nanti saya minta izin daripadanya apabila dia balik. Silalah datang pada esok hari.”


Saydatina Fatimah pulang ke rumah dengan perasaan sedih dan hampa kerana tidak dapat bercakap panjang dengan wanita itu. Keesokan harinya, Saydatina Fatimah datang lagi bersama dengan anaknya Hassan.

Sebaik sahaja tiba di rumah itu, wanita dari dalam rumah tersebut membuka pintu. Namum belum sempat Saydatina Fatimah dipersilakan masuk, wanita tersebut terlihat anak lelaki puteri Rasulullah itu turut ada bersama, lantas wanita tersebut melarang Fatimah untuk menjejak masuk ke dalam rumahnya. Saydatina Fatimah menjelaskan bahawa kanak-kanak lelaki tersebut adalah anak lelakinya, Hassan. Lalu wanita tersebut berkata : “Maaf puan, saya meminta izin daripada suami saya hanya untuk puan sahaja masuk, tidak termasuk budak lelaki ini sekali.”

Saydatina Fatimah serba salah, kerana jikalau hendak pulang ke rumah semula jauh. Hendak masuk ke rumah wanita tersebut, tidak mendapat keizinan dari wanita tersebut. Akhirnya Saydatina Fatimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah juga.


Keesokan harinya, Saydatina Fatimah datang lagi dengan membawa kedua-dua puteranya Hassan dan Hussein. Namun kehadiran Saydatina Fatimah kali ini benar-benar membuatkan wanita itu terkejut besar apabila mendapati ada seorang lagi budak lelaki yang belum diminta keizinan dari suaminya untuk masuk. Saydatina Fatimah terpaksa pulang dengan hampa untuk kali yang ketiga.

Setelah si suami pulang, wanita itu memberitahu tentang kehadiran puteri Rasulullah bersama-sama dengan cucu baginda sekali iaitu Hassan dan Hussein. Si suami sangat terkejut dan berkata : “Kenapa awak tidak membenarkan mereka masuk? Bukankah Saydatina Fatimah itu puteri Rasulullah s.a.w dan dua orang anaknya itu cucu Rasulullah? Sepatutunya awak membenarkan ,mereka masuk, kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada keredhaannya (Rasulullah s.a.w). Selepas ini, jika mereka datang ke sini lagi dengan membawa apa pun siapa pun, terimalah dengan sebaik-baiknya dan hormatilah mereka dengan sebagaimana yang patut bagi darjat mereka.”

Kemudian wanita itu menjawab : “Baiklah. Tetapi ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak.”

Pada keesokan harinya, Saydatina Fatimah datang semula ke rumah tersebut dengan membawa kedua-dua anaknya. Mereka dilayan dengan sewajarnya dan mereka memulakan perbualan. Tiada apa yang menarik perhatian Saydatina Fatimah tentang perempuan itu. Sedang asyik berbual-bual, tiba-tiba wanita tersebut bangun dan segera mempersiapkan dirinya. Dengan penampilan mengghairahkan, wanita itu berdiri di muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menanti kedatangan seseorang. Di sebelah tangannya memegang tongkat dan sebelah lagi memegang segelas air minuman. Wanita itu juga menyingsingkan kainnya dengan hujung jarinya sehingga menampakkan betis dan sedikit pehanya beserta wajah tersenyum manis.


Wanita itu langsung tidak menghiraukan Saydatina Fatimah, seolah-olah beliau tidak ada di dalam rumah tersebut. Fatimah berasa kurang senang dengan perlakuan wanita itu, lantas Fatimah bertanya kepada wanita itu dan inginkan penjelasan mengapa wanita tersebut berpenampilan sebegitu. Wanita itu mnjelaskan : “Puan, maafkan saya kerana tidak dapat melayan puan dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya saya sedang menunggu suami saya yang akan pulang pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.”

Lantas Saydatina Fatimah bertanya : “Apa gunanya tongkat dan air minuman itu wahai saudari?”.”Sekiranya suami saya dahaga sebaik sahaja sampai di rumah, saya akan segera menghulurkan minuman ini kepadanya. Tongkat ini pula untuk memudahkan dia untuk memukul saya sekiranya dia tidak berpuas hati terhadap layanan yang saya berikan kepadanya.” jawab wanita itu. Saydatina Fatimah bertanya lagi :
“Kenapa pula puan menyelakkan kain sehingga menampakkan aurat? Bukankah perbuatan seperti itu haram?”

Jawab wanita itu : “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini, tentulah menambahkan nafsu syahwatnya yang memudahkan kepada maksudnya.” Saydatina Fatimah mendengar penjelasan dari wanita itu dengan penuh hairan lantas berkata kepada dirinya sendiri :
"Wanita pertama yang akan masuk ke syurga adalah Mutiah. Dia hanyalah seorang wanita biasa dan kehidupannya amat sederhana"

Fatimah pun pulang ke rumah dan terus menemui ayahandanya. Beliau berkata : “Anakanda berasa sungguh sedih kerana tidak dapat meniru dan mengamalkan tingkah laku yang ayahanda ceritakan padaku.” Rasulullah s.a.w tersenyum mendengar rintihan Saydatina Fatimah . Faham dengan perasaan puterinya itu, baginda lantas berkata : “Anakanda, janganlah terlalu bersusah hati. Wanita yang anakanda temui itu ialah wanita yang bakal memimpin dan memegang tali kenderaan tunggangan anakanda ketika masuk ke syurga. Sebab itulah dia masuk terlebih dahulu.” Mendengar penjelasan itu barulah Saydatina Fatimah tersenyum kembali.

Alasan tak nak pakai tudung

Wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang
tak munasabah lagi tidak munasarawak untuk membolehkan perbuatan mereka diterima akal:


1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?

2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...

3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!

4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..

5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..

6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...

7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...

8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..

9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..

10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..

11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..

12. rambut I cantik. so xperlu nak cover line

13.i mmg nk mintak dirogol.dpt main free.kalau kena tangkap pun laki tu je.

14.i tak mampu beli tudung..u (lelaki) tlg belikan..

14.mak dgn bapak i pun xbising.apa hak u nk suruh i pakai tudung?

15.panas la pakai tudung.xnmpk ke mcmana cuaca kat sini?

16.bos tmpt keje i xbg pakai tudung.

17.bf i ckp i nmpk lg cantik xpakai tudung.

18.i memang jahil pun.u sebok apahal?

19. pakai tudung panas la.. rimas.. nnt rmbut i cepat gugur ..

20.i segan la dgn kawan2 i.xkan ni gi parti pakai tudung kot

21.ko gile ke gi clubbing pakai tudung?

22.i memang dr kecik xpakai tudung.dh terbiasa.

23. Ala kubur lain2 apa susahnya.

24.lum tak dpt hidayah..ceh...sampai kemat x paai camni

25."syurga tu kan milik sume org..camtu gak neraka..so biarlah kami tentukan nak pilih mane?" jerit gadis tersebut sanbil berlalu pergi..

26.i nmpk xcantik kalau pakai tudung.

27.kopek i bsr.kenapa i harus sorokkan dari tontonan umum.kan nmpk seksi tu.

28.i sekular.u duk kat negara mana skang ni?

29.kawan2 i ramai cina.

30.i nie nak laki, pakai ketat ketat laki rogol dapat kahwin free lepas tangkap basah jimat pe duit kan sekarang kegawatan ekonomi semua barang naik

31. "I memang nak rambut i kena bakar kat neraka nanti,itu sebab la i tak pakai tudung"

32. "I pun tak tahu i ni muslim ke tak, sebab tu i tak pakai tudung"

33.wtf is tudung? yg tutup lauk atas meja tu ke?

34.u ingat i buah cempedak ke nk balut2?

35.poyo la u ni.mcm baik sgt nk nasihatkan org.

36.yes,i mmg nk masuk neraka.so what?

37.mahal2 i buat rambut ni u x nk bg org tgk pulak.u ni mereng ke?

38. walopun saya tidak bertudung, tp nama saya ada perkataan Islam tau

39.i takut nnti pelancong omputih ckp i terrorist.

40.i takut nnti xde laki yg nakkan i yg tergedik2 ni.

41.wa pengkid.lu pnah tgk ke pengkid pakai tudung?

42.idola i siti nurhaliza.kalau dia sanggup kena bakar dlm neraka kenapa tidak i.

43.famili i open-minded.dorg xkesah pun i nk hidup mcm omputih.

44.i atlet.susah la nk bersukan pakai tudung.

45.i takut tudung i kena sedut masa i tgh operate machine ni.

46.alamak bro!!!.. lu pun pakai seluar pendek jer.. main bola, main badminton, segala macam main la.. kitorang (gurl) tak bising pun.. betolkan diri tu dulu..

47.itu HAK i nk pakai tudung ke xnk.i ada HAK nk tentukan mcmana hidup i.

48.u tu konfem masuk syurga ke nak nasihatkan i ni?(ni mcm dh ada je)

49.i keje setiausaha kpd bos yg kaki pmpuan.kalau i pakai tudung kang kena pecat pulak.

50.i moden la.blaja oversea,kawen dgn mat saleh...tudung tu apa?

51.F.U.C.K OFF!!!jangan menyebok dlm hidup i!

52.rilek la, bukan kluar ngn mak ayah pon!! poyo la lu ni..

alamak.. tudung i lembab lagi.. baru basuh.. Ada lagi yang anda pernah dengar

_______________________________________________________________




Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.. Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa machine gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg
betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa machine gun .. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung .. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat
adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat
orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..




-JADIKAN IANYE PEDOMAN KITA-

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu,
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja,
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga..
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya..
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan 
mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya 
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
Apabila sekali ia retak.. 
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula..
Akhirnya ia dibuang..
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa. 
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. 
Mengenyangkan. Berkhasiat. 
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. 
Terlalu ingin mengejar kelezatan. 
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. 
Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..
MENGASIHIMU... 
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
 Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Tuesday, March 8, 2011



Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku
Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku
Tapi setelah kau pergi aku
Mendapat lebih baik darimu
Dia hargai aku
Dia sayangi aku
Lebih dari padamu
Aku ingin kau tahu
Betapa ku gembira
Tidak lagi bersamamu
Namun pastinya
Nanti kau akan sedari
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku

Wednesday, March 2, 2011





Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun 
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati


Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan 
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah