Sunday, January 2, 2011
Kisah Rumput
Pada suatu hari di sekolah,
seorang murid bertanya pada gurunya.
Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai
kasih sayang.
PELAJAR: "Cikgu, macam mana kita nak pilih
seseorang yang terbaik sebagai orang yang
paling kita sayang??
macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan.
CIKGU: "Ok, kamu ikut apa yang saya suruh.
Kamu pergi ke padang kamu berjalan di atas
rumput sambil memandang rumput
didepan kamu.
Pilih lah yang PALING cantik tanpa menoleh
ke belakang lagi walau sekali.
Dah petik rumput yang PALING cantik
bawa ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas
tiada sehelai rumput pun di tangannya
Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih??
PELAJAR: "Tadi masa saya berjalan,
saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi
cikgu kata petik yang paling cantik,
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh kebelakang lagi.
Tapi sampai dipenghujung padang,
saya tak jumpa pun yang paling cantik.
Mungkin ada diantara yang dibelakang
saya tadi rumput yang paling cantik
tapi cikgu dah cakap tak boleh menoleh belakang semula
jadi tiada lah rumput yang saya petik.
CIKGU: " Ya, itulah jawapannya.
Maknanya apabila kita telah berjumpa seseorang yang kita sayang
janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.
Kita patut hargai orang berada di depan kita sebaik-baiknya.
Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku
tetap dah berlaku, semoga yang berlaku tidak berulang lagi.
Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah
yang paling cantik dan paling baik.
Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
pengajaran
pertama:janganla terlalu mengharap pada yg paling cantik dan baik
kedua:apa yg sudah berlalu..biarkanlah berlalu.. jangan menoleh ke belakang lagi
ketiga:sebenarnya semua rumput ni sama saja... ada kelebihan dan kekurangan masing2..
tapi bagi saya pengajaran yang paling penting ialah kita perlu ingat... sebenarnya org yg paling kita syg tu lah yg paling cantik dan paling baik... cuma kekurangan yg dia ada perlu la kita terima seadanya dan cuba mengubahnya bersama... dan... tak semestinya jika kita mencarik yang lebih cantik dan lebih baik... ianya tidak mempunyai kekurangan dr sudut lain...insyaALLAH...
thanks to kwn saye yg dah bersusah payah ceritakan kisah rumput ni...
Posted by fujiwara kenta at 3:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment