Janji seia harus dikota,
Membawa hati tidak keruan,
Menyemai kasih menyemai sayang,
Hati rindu tidak keruan.
Baik-baik memasang pelita,
Minyak yang ada usah terkena,
Apakah ini tandanya cinta,
Mandi tak basah tidur tak lena.
Tak tumbuh tak melata,
Tak sunggu orang tak kata,
Saat kita bertentang mata,
Lidah kelu tidak terkata.
Anak penghulu cantik melaram,
Bersubang gading keliling kota,
Mengapa hati tidak tenteram,
Adakah ini tandanya cinta.
Berbaju kurung selendang kasa,
Memintal benang si kain baldu,
Alangkah perit memendam rasa,
Apa lagi menanggung rindu.
Pohon mengkudu dipinggir kota,
Pohon kepayang si buah keranji,
Menganyam rindu membenih cinta,
Bersulamkan sayang bersemaikan janji.
Gendang bersahut rebana bergema,
Keserata alam mengalun iraman,
Inilah dia pandangan pertama,
Hati bergelora meruntum jiwa.
Friday, December 31, 2010
Pantun Berkasih Sayang
Posted by fujiwara kenta at 11:58 PM 0 comments
Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Posted by fujiwara kenta at 11:42 PM 0 comments
CINTA
Cubaku selami 5 huruf keramat ini..
Intipatinya skuar ku gupas..
Nikmat bercinta bagaimana rasanya..
Tanpa disedari kehadirannya..
Apakah hadir setakat di bibir sahaja.
Cinta..
Cinta pada sesama umat..
ada kegembiraan ada kesedihan..
Cinta pada dunia..
Ada keseronokkan ada kejatuhan..
Cinta pada akhirat..
Ada keinsafan ada ketaqwaan..
Cinta pada Allah..
Adalah segalanya.
Posted by fujiwara kenta at 11:31 PM 0 comments
Cinta Sejati
"Sayang dengar sini baik-baik ye..." kata-kata Zafrul terhenti di situ lalu dia menarik nafas panjang. Diana yang dari tadi sabar mendengar di ganggang telefon mendengus tetapi tetap sabar menunggu ayat seterusnya.
Dengan perlahan Zafrul melafazkan, "Walau apapun yang akan terjadi antara kita, Abang tetap sayang Sayang sampai mati". Dia memberhentikan ayatnya setakat itu seraya menunggu maklum balas dari Diana.
Diana terdiam seketika, berkerut juga dia memikirkan maksud kata-kata Zafrul sebentar tadi. Apa yang akan terjadi? Dia akan mati ke? Atau dia akan pergi jauh? Atau kami akan berpisah ke? Apapun dia harus mencari ayat yang sesuai untuk diutarakan demi mengorek cerita disebalik kata-kata tersebut.
"Apa maksud Abang? Apa yang akan jadi, Bang? Saya tak fahamla maksud Abang", bertalu lembut ayat yang keluar dari mulut Diana.
Zafrul terdiam seketika kemudian bersuara "Abang rasa hubungan kita cukuplah sekadar berkawan sahaja".
"What?" Kali ini Diana tidak mampu bertenang. "Why?" perasaan ingin tahunya terus membuak. Kenapa baru sekarang Zafrul berkata demikian? Kenapa tidak lima tahun dahulu? Hatinya mula membenarkan keraguan yang dirasainya sejak tiga bulan kebelakangan ini. Cinta jarak jauhnya sudah terasa sedikit pudar.
Zafrul terdiam membisu sambil cuba membayangkan bagaimana reaksi wajah jelita Diana di saat itu. Nasib baiklah tidak bertentang mata. Kalau tidak, tak terucaplah kata-kata seterusnya. "Abang dah bertunang", katanya pendek sahaja.
"Hah! Dengan siapa? Bila?" dengan pantas Diana bertanya. Dibenaknya terkenang janji manis Zafrul untuk melamarnya setahun yang lalu. Lupakah Zafrul pada semua itu? Atau sengajakah Zafrul untuk mengkhianati cinta mereka?
"Takdir tidak menjodohkan kita. Abang tak dapat nak ceritakan semuanya sekarang. Tapi suatu hari nanti abang akan cerita jugak pada sayang" Zafrul meminta tangguh untuk menjelaskan segalanya.
"No. I want you to tell me now! Please..." rayu Diana kerana bimbang dia akan tersalah tafsir atas tindakan Zafrul yang dalam diam menjalin hubungan serius bersama insan lain.
"Maaflah. Abang takut sayang tak dapat terima apa yang abang nak bagi tau nanti", Zafrul mengharap Diana tidak terlalu mendesak.
Diana kebingungan seketika. Tanpa angin, tanpa ribut, mahligai impiannya musnah sekelip mata. Dia menahan sebak di dada sambil memikirkan apa yang harus dia lakukan seterusnya. Setelah menarik nafas panjang, Diana bersuara " Okaylah Bang, macam nilah...saya sanggup berhabis bil telefon malam ini asalkan Abang ceritakan pada saya macam mana semua ini boleh berlaku. Please......", sekali lagi dia merayu.
" Abang tak tau macam mana nak mula cerita ", Zafrul cuba mengelak dari bercerita lebih lanjut.
Dengan tenang Diana memancing, " Ok, kalau Abang tak tau nak cerita, jawab semua soalan saya dengan jujur, boleh? ". Diana mula bermain psikologi. Baginya terlalu penting untuk dia mengetahui penyebab semua ini berlaku walaupun takdir sudah menentukan percintaan mereka hanya setakat ini.
Zafrul terkesima seketika, tetapi cuba untuk mengelak dari terus berbicara, "Baiklah, tapi bukan ke lebih baik kita cerita bila kita jumpa nanti ". Zafrul sedar yang semua ini adalah salahnya, dia harus menghadapi Diana untuk memberi penjelasan.
Diana mula melenting, " Jumpa? Bila? ". Diana tidak yakin yang Zafrul akan mahu bertemu dengannya lagi. Malah dia sendiri akan sakit hati kalau memandang muka Zafrul nanti...silap-silap tangannya pula yang akan naik ke muka Zafrul.
" Minggu depan ke...", Zafrul memberi harapan.
"No! Ok, kalau Abang tak nak bagitau sekarang takpe, kita takkan berjumpa lagi. Cukupla sampai di sini sahaja hubungan kita. Bye." Diana menghempas ganggang telefon rumahnya yang baru seminggu ditukar. Sebenarnya Diana tidak mahu lagi mendengar Zafrul berdolak dalik kerana belum tentu akan ada kejujuran di sebalik kata-katanya nanti.
Keras juga rupanya hati Diana. Zafrul tidak menyangka Diana akan bertindak demikian. Seingatnya Diana seorang yang manja dan sering minta dipujuk apabila hatinya dilukai. Tapi kali ini Diana lain benar.
Posted by fujiwara kenta at 10:57 PM 0 comments
~Kenangan Tahun 2010~
Dalam kite sedar x sedar..
tup2 dh msok 2011 kn..
aq mcm xcye yg umor aq ni dh nk msok thun yg ke-20..
tpi ape bley wt..dunia oh dunia..
bnyk kenangan manis dan pahit pda tahun 2010..
bg kenangan pahit..akan ku cuba lupakan..
tetapi kenangan manis tetap di dalam ingatan ku..
Pada 14.4.2010 aq telah kehilangan seorang adk yg aq sygi..
Nma arwah adk aq ialah Haji Muhd Firdaus bin Jamil Akhir..
mmg bnyk kngan manis aq brsma dgannya..
sesungguhnya dyalah adk yg aq bgtu sygi..
tpi nk buat mcm mna..
Allah lbih menyayangi adk ku..
semoga Allah meletak kan arwah adk ku di tempat org2 yg beriman..
"Syg..sesungguhnya pemergian mu itu bnyk meninggalkan impak yg besar..
kami amt merindui kamu..tggu kami ye syg"..
Firstly..aq nk ucapkan terima kasih kpda Noor Afifah Zailan krna
bnyk mngajar aq tntg ilmu agama..dya begitu sbar dgn kerenah aq..
aq tw dya trlalu baek buat aq..
tpi dya lebih layak tok dapat lelaki yg lebih baek drpda aq..
Kenangan yg begitu manis di tahun 2010
ketika aq dlm hbungan bersama Nik Norizan bt Ali @ Beboo Darla..
antra kenangan yg tetap di dalam ingatan ialah.
kami pergi ke Sunway Lagoon..Taman Tasek Sri Botani..mendaki bukit Broga Hill..
melawat mini zoo..dan mcm2 lg..tu antra kenangan yg trindah dlm hdup aq sbb itu lah kli prtma aq prgi ke tmpt mcm tu brsma org trsyg..
aq hrap dya pn rsa ape yg aq rsa..
mmg kngan 2010 yg tetap menjadi tahun yg trbaik selama aq hidup..
sbb aq hepi bila brsma nya..
wlpn kami dh brpisah..kami still lg brkwn..
hdup mesti diterus kn wlpn atie kita sengsara..
kite kna trima apa yg brlaku dengan atie yg tenang..
sesungguhnya ini adalah ujian dlm hdup kita..
Dengan tahun baru ini..
aq berazam utk berubah spya mnjdi insan yg cemerlang..gemilang dan terbilang..
New Life.. New Look.. New Love..New Chapter..New Hope.. (^.^)
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2010..
&
SELAMAT DATANG TAHUN 2011..
Posted by fujiwara kenta at 8:40 PM 0 comments
Thursday, December 30, 2010
Wajah molek bersolek di angkasa.
Kemarau dingin jalan berdebu.
Ular yang lewat dipagut naga.
Burung tekukur terpisah dari sarangnya.
Semuanya akan beres. Pasti beres.
Mengeluhkan keadaan tak ada gunanya.
Kesukaran selalu ada.
Itulah namanya kehidupan.
Apa yang kita punya sudah lumayan.
Asal keluarga sudah terjaga,
rumah dan mobil juga ada,
apa palgi yang diruwetkan ?
Anak-anak dengan tertib aku sekolahkan.
Yang putri di SLA, yang putra mahasiswa.
Di rumah ada TV, anggrek,
air conditioning, dan juga agama.
Inilah kesejahteraan yang harus dibina.
Kita mesti santai.
Hanya orang edan sengaja mencari kesukaran.
Memprotes keadaaan, tidak membawa perubahan.
Salah-salah malah hilang jabatan.
Tanggal lima belas tahun rembulan
Angin kemarau tergantung di blimbing berkembang.
Malam disambut suara halus dalam rumputan.
Anjing menjenguk keranjang sampah.
Kucing berjalan di bubungan atap.
Dan ketonggeng menunggu di bawah batu.
Isri itu duduk di muka kaca dan berkata :
Hari-hari mengalir seperti sungai arak.
Udara penuh asap candu.
Tak ada yang jelas di dalam kehidupan.
Peristiwa melayang-layang bagaikan bayangan.
Tak ada yang bisa diambil pegangan.
Suamiku asyik dengan mobilnya
padahal hidupnya penuh utang.
Semakin kaya semakin banyak pula utangnya.
Uang sekolah anak-anak selalu lambat dibayar.
Ya, Tuhan, apa yang terjadi pada anak-anakku.
Apakah jaminan pendidikannya ?
Ah, Suamiku !
Dahulu ketika remaja hidupnya sederhana,
pikirannya jelas pula.
Tetapi kini serba tidak kebenaran.
Setiap barang membuatnya berengsek.
Padahal harganya mahal semua.
TV Selalu dibongkar.
Gambar yang sudah jelas juga masih dibenar-benarkan.
Akhirnya tertidur.
Sementara TV-nya membuat kegaduhan.
Tak ada lagi yang bisa menghiburnya.
Gampang marah soal mobil
Gampang pula kambuh bludreknya
Makanan dengan cermat dijaga
malahan kena sakit gula.
Akulah yang selalu kena luapan.
Ia marah karena tak berdaya.
Ia menyembunyikan kegagalam.
Ia hanyut di dalam kemajuan zaman.
Tidak gagah. Tidak berdaya melawannya !
………………………………..
Tanggal lima belas tahun rembulan.
Tujuh unggas tidur di pohon nangka
Sedang di tanah ular mencari mangsa.
Berdesir-desir bunyi kali dikejauhan.
Di tebing yang landai tidurlah buaya.
Di antara batu-batu dua ketam bersenggama.
Sang Putri yang di SLA, berkata :
Kawinilah aku. Buat aku mengandung.
Bawalah aku pergi. Jadikanlah aku babu.
Aku membenci duniaku ini.
Semuanya serba salah, setiap orang gampang marah.
Ayah gampang marah lantaran mobil dan TV
Ibu gampang marah lantaran tak berani marah kepada ayah.
Suasana tegang di dalam rumah
meskipun rapi perabotannya.
Aku yakin keluargaku mencintaiku.
Tetapi semuanya ini untuk apa ?
Untuk apa hidup keluargaku ini ?
Apakah ayah hidup untuk mobil dan TV ?
Apakah ibu hidup karena tak punya pilihan ?
Dan aku ? Apa jadinya aku nanti ?
Tiga belas tahun aku belajar di sekolah.
Tetapi belum juga mampu berdiri sendiri.
Untuk apakah kehidupan kami ini ?
Untuk makan ? Untuk baca komik ?
Untuk apa ?
Akhirnya mendorong untuk tidak berbuat apa-apa !
Kemacetan mencengkeram hidup kami.
Kakasihku, temanilah aku merampok Bank.
Pujaanku, suntikkan morpin ini ke urat darah di tetekku
………………………………
Tanggal lima belas tahun rembulan.
Atap-atap rumah nampak jelas bentuknya
di bawah cahaya bulan.
Sumur yang sunyi menonjol di bawah dahan.
Akar bambu bercahaya pospor.
Keleawar terbang menyambar-nyambar.
Seekor kadal menangkap belalang.
Sang Putra, yang mahasiswa, menulis surat dimejanya :
aku pergi meninggalkan rumah ini.
Cinta kasih cukup aku dapatkan.
Tetapi aku menolak cara hidup ayah dan ibu.
Ya, aku menolak untuk mendewakan harta.
Aku menolak untuk mengejar kemewahan,
tetapi kehilangan kesejahteraan.
Bahkan kemewahan yang ayah punya
tidak juga berarti kemakmuran.
Ayah berkata : santai, santai !
tetapi sebenarnya ayah hanyut
dibawa arus jorok keadaan
Ayah hanya punya kelas,
tetapi tidak punya kehormatan.
Kenapa ayah berhak mendapatkan kemewahan yang sekarang ayah miliki ini?
Hasil dari bekerja ? Bekerja apa ?
Apakh produksi dan jasa seorang birokrat yang korupsi ?
Seorang petani lebih produktip daripada ayah.
Seorang buruh lebih punya jasa yang nyata.
Ayah hanya bisa membuat peraturan.
Ayah hanya bisa tunduk pada atasan.
Ayah hanya bisa mendukung peraturan yang memisahkan rakyat dari penguasa.
Ayah tidak produktip melainkan destruktip.
Namun toh ayah mendapat gaji besar !
Apakah ayah pernah memprotes ketidakadilan ?
tidak pernah, bukan ?
Terlalu beresiko, bukan ?
Apakah aku harus mencontoh ayah ?
Sikap hidup ayah adalah pendidikan buruk bagi jiwaku.
Ayah dan ibu, selamat tinggal.
Daya hidupku menolak untuk tidak berdaya.
Posted by fujiwara kenta at 2:12 PM 0 comments
Kenangan Sahaja
Semua yang post kan itu adalah kenangan aku bersama dengan si dia..walaupun kami telah berpisah tetapi x semestinya kami berpisah selamanya..aku dengan nya still lagi berkawan..yela..xbaek memutuskan hubungan silatulrahim..aku hepi bila dya dh berterus terang dengan aku..aku melepaskan nya dengan hati yang terbuka..ku tahu..ada yang lebih layak tok dia..apa2 pn aku doa kn yg tebaik tok hidup nya..bg aku plak..buku baru akn dibuka dan pengembaran baru Fujiwara Kenta akan bermula..siapakah gadis misteri yg di nantikan oleh Fujiwara Kenta..ape2 pn kita tggu dan lihat sahaja..sekian dari Insan yg lemah.
Posted by fujiwara kenta at 11:08 AM 0 comments
Wednesday, December 29, 2010
15 CIRI WANITA SYURGA
Posted by fujiwara kenta at 9:12 AM 0 comments
♥KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORG YANG SALAH♥
Posted by fujiwara kenta at 9:10 AM 0 comments
Bila kita sayang org tu
Posted by fujiwara kenta at 9:09 AM 1 comments